Pages - Menu

RSS

Monday, May 23, 2011

Jilbab

Alasan, Kenapa Wanita Terlihat Cantik apabiLa Memakai JiLbab??

1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab...DIA AKAN TUTUP AURAT


2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA AKAN JAGA MARUAH PADA DIRI DIA

3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA CANTIK

4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN TUNJUKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN

5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA ANAK SOLEHAH

6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA

7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA MENGHORMATI ORANG LAIN

8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIAT DIA CANTIK.DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA INGIN JAUH DARI FITNAH

10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA AKAN DAPAT PAHALA

12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN

14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA

15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH

16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTABAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab???sebab... DIA TAK AKAN RAMBUTNYA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Aku Hanya Nisa Moden




Aku...
Hanya AnNisa zaman moden..
Yang sering tertipu di dunia sementara...
Yang sering rebah di dada dunia...
dengan tangisan dan raung hiba....

Aku
Hanya AnNisa zaman moden..
Masih tercari2 diri sendiri...
Masih kabur di dalam mimpi yang tak pasti...
Yang sangat hina di muka bumi....

Aku..
Hanya AnNisa zaman moden...
seringkali tewas dengan pujuk rayu iblis...
Pasak iman belum tegak berdiri...
Seringkali goyah melemahkan sendi..

Aku...
Hanya AnNisa zaman moden...
yang hanya hiasan dunia...
belum lagi lengkap menghiasi...
belum juga menjadi yang terindah....
untuk menghiasi kamar duniawi..

Tuesday, May 17, 2011

Bukan mudah meraih SyurgaNya.

    • Bukan mudah meraih SyurgaNya.
    • Firman Allah swt: Adakah patut kamu menyangka bahawa Kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada Orang-orang yang Terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa Kepapaan (Kemusnahan Hartabenda) dan Serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ...Ancaman bahaya Musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya Pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan Berpegang teguh kepada Ugama Allah). (Al-Baqarah 21)

      Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)

      Dan sabarlah (wahai Muhammad, Engkau dan Umatmu, dalam Mengerjakan Suruhan Allah), kerana Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat Kebaikan. (Hud 115)

      “ Teramat perlu dinilai sedalamnya akan segala tiap perkerjaan yang Dijalani di masa Dunia ini. Adakah ianya tak menyalahi pada kehendak Allah swt dan Rasulnya? ataupun sebaliknya. Andaikanlah jika sesuatu Perkara yang diarang Allah dan Rasul itu sentiasa bertentangan dengan keinginan, kehendak Hawa Nafsu kita dan sememangnya teramat sukar untuk menjauhinya. Biarkanlah, biarlah dihadiri segala perasaan tersebut, Biarlah diri terasa susah, sedih dari terasa senang, gembira dengan Perkara yang dilarang Allah. Biarlah terasa Susah sedikit di Dunia yang sementara ini dari terasa Susah yang amat dasyat dihari Akhirat kelak. Ingatlah dan Yakinilah Kehidupan di Dunia ini bukanlah suatu yang kekal, tiap Kenikmatannya bukanlah suatu yang kekal. Ianya padahal hanyalah suatu tempat perhentian yang sementara sahaja, kemudian barulah kita Semua akan diangkut Beramai-ramai menuju ke suatu tempat yang Kekal selamanya, iaitu Akhirat. Seterusnya samaada laluan ke Syurga atau laluan ke Neraka bakal dilalui berdasarkan dari tiap pekerjaan, amalan cara Hidup yang diamali masa Dunia ini. Ingatlah janji tentang Kesenangan, Kemewahan, kebahagiaan, ketenangan, kedamaiaan didalam Syurga itu adalah Benar. Ingatlah janji tentang Kedasyatan, Kesakitan, Keperitan, Kesusahan, Kemiskinan didalam Neraka itu juga adalah Benar "

      “ Andai terasa susah dengan cara yang diingini Islam, Biarlah. Demikianlah Hidup di Dunia bukan tempat dan tujuan untuk bersuka-ria, bersenang-senang. Tetapi ianya suatu tempat untuk diUji sekuat mana kekuataan kita berpegang dengan PetunjukNya. Demikianlah Nikmatnya Kehidupan Syurga yang telah dijanjikan itu bukanlah percuma untuk memasukinya. Ia memerlukan kekuatan, pengorbanan Diri menghadapi Ujian dimasa Dunia ”

      “ Ingatlah Apa-apa pun Pekerjaan yang dilakukan dimasa Dunia ini perlu sentiasa diingatkan segalanya berlaku dengan kehendak Allah swt. Jika Allah swt berkehendak menyekatnya, maka ianya amat mudah bagi Allah. Dia Maha Berkuasa atas Tiap-tiap Makhluknya. Maka harus sentiasa disyukuri, diingati bahawa segalanya adalah kurniaan Allah swt. Perlu dijauhi dari sifat riak, sombong, takabbur, dan segala perkara yang menjadikan Murkanya Allah swt pada Kita ”

      • Ingatlah Apa-apa bentuk Kelebihan, Kegembiraan, Kesukaan, Kemenangan, Kekayaan, Kejayaan Hidup di Dunia yang tidak disertai dengan Keimanan pada Allah tidak dapat memberi faedah sedikitpun. Sabda Nabi saw :

      Kekayaan, kejayaan hidup itu bukanlah dilihat pada banyaknya harta seseorang, tapi kekayaan, kejayaan hidup yang sebenar ialah dilihat pada jiwa seseorang itu. (Hr Muslim)

      Dalam riwayat yang lain pula disebut : Nabi saw telah bertanya kepada Abu Zar, Adakah engkau melihat orang yang banyak harta itulah orang yang Kaya? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Dan adakah engkau melihat orang yang sedikit hartanya itu orang yang susah? Lalu Abu Zar menjawab Ya. Kemudian Nabi saw bersabda : Bukanlah sedemikian, Sesungguhnya orang yang Kaya itu ialah mereka yang Kaya jiwanya manakala orang yang susah, fakir itu ialah mereka yang kosong jiwanya. (Sahih ibn Hibban, no 685. Mustadrak al-Hakim, no 7929).

      • Sama-sama kita renungi, hayati peringatan yang telah dijelaskan kepada kita semua yang diambil dari kitab Petunjuk (Al-Quran) :

      Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka ORANG-ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK.

      Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman". (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya Kamu dan Teman-Teman kamu itu tetap Menderita bersama-sama di dalam Azab". (Az-Zukhruf 36-39

Kata-Kata Hikmah


ஜ(¯`•.¸ ღ kata-kata hikmah ღ ¸.•´¯)ஜ
:::@ Dari islam,ku temui kEiNdAhAn...Dari solat,ku temui kedamaian,Dari AL-QURAN,ku temui kebenaran,Dari Hadis,ku temui pEdOMaN....
:::@ Dari Qiam,ku temui kekuatan...Dari Dhuha,ku temui pengorbanan...
:::@ Dari Doakn,ku temui keinsafan...dan Dari Dirimu semua,ku temui persaudaraan moga ukhwah yg terbina berkekalan...barakallahu fik,,,:::♥♥♥

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru..Terima Kasih Guru

 
nie ana ambil dekat youtube..Terima kasih guru..thank kepada uploader..
Assalamualaikum kepada semua sahabat2..asif kerana sudah lama tak update blog nie sebab banyak hal dirumah..hehe..Tajuk kali ini ialah  yang pasti sahabat semua mesti taw pada 16 Mei..iaitu Hari Guru..Hari Guru Malaysia..sesudah sahaja Hari Ibu datanglah pula Hari Guru..

Hari Guru sangat bermakna bagi kita semua dan patut kita hargainya sampai bila2.. Guru..adalah satu tugas yang agak besar..Tanpa guru siapa lah kita..Siapalah Engineer kalau bukan dari guru..Siapalah Doktor kalau bukan dari Guru..Dari kecil kita dah masuk sekolah..dan bercita2 tinggi..Ada yang nk jadi ustazah nk jadi doktor nk jadi engineer..Tapi itu semua belajar dari Guru..Adakah sahabat masih ingat Guru kita masa di sekolah rendah??Sekolah Menengah?Universiti?Mahupun dimana2 saje..Kepada yang masih ingat alhamdulillah..dan hargailah apa yg dia ajar kerana seorang guru sanggup berkorban untuk menjadikan kita ini sebagai seorang insan yang berguna..sebagai pemimpin atau khalifah di muka bumi..

Cikgu,Guru,Ustazah mahupun Ustaz sebagai panggilan dari pelajar kepadamu wahai guru..mereka mendidik dengan penuh keikhlasan ..Guru juga sanggup menahan kerenah kita dahulu walaupun amat pedih..Guru ambil semua itu sebagai suatu yang sudah biasa dan ingin melihat kita berjaya..Kesabaran yang sangat tinggi untuk menghadapi semua ini sebagai seorang guru..Harap sahabat2 semua bayangkan betapa hebatnya seorang Guru..dan hargailah guru..kerana..ilmu yg kita bawa akan kita ajar kepada anak-anak kita juga kelak..Dan tak lupa juga..Guru ini ibarat ibu bapa kita yang kedua,,dan janganlah sahabat menyakiti guru kerana mereka juga macam ibu bapa kita..

Semoga Hari Guru ini akan membuat cikgu2 semua berasa gembira dan bahagia..teruskan perjuanganmu wahai insan yang bergelar Guru..Ibuku,Guruku jua..Terima Kasih Guru




Sunday, May 8, 2011

IBU..SELAMAT HARI IBU







Hari demi hari.Umur kita meningkat mengikut masa..Kita dilahirkan di dunia ini melalui seorang insan yang digelar IBU..Begitu besar peranan dan jasa yang bernama IBU.Oleh itu renungkanlah kembali disaat kita kecil dulu,apakah yang telah kita lakukan untuk membalas jasa ibu yang tak terhinngga ini..


IBU..
Engkaulah permata hatiku,
Disaat aku dilahirkan,
Ibu berasa  gembira dengan kehadiran aku didunia ini
Dengan penuh rasa kasih sayang kau menjaga diriku
Tanpa kenal erti sakit, lelah mahupun APA SAHAJA
Pengorbananmu begitu besar sekali sebagai seorang IBU

IBU..
Kini Usia ku semakin meningkat,
Aku lupa akan pengorbananmu dulu ibu,
Aku lupa akan kasih sayang mu ibu,
Aku berasa gembira dengan kawan ku diluar..
Diriku penuh dengan duniawi
Tanpa menghiraukan mu lagi IBU.
  
IBU..
Kini Aku digelar seorang pelajar,
Ibu menghantarkan ku kesekolah
Tapi aku mengatakan "Tak Mahu IBU"
AKU BENCI..AKU BENCI..AKU BENCI..
Ibu telah mengorbankan wang ringgit untukku kesekolah
Tapi aku hanya berseronok dengan PONTENG sekolah

IBU..
Kini Aku sudah menjadi seorang pelajar bekerjaya
Aku Gembira dengan keputusanku
Kini aku berjauhan denganmu IBU,

Aku Gembira dengan kehidupanku ini
Aku seronok dengan melancong,
Aku seronok dengan baju baruku,
Tanpa mengenangkan pengorbananmu IBU..


Tapi.....Maafkan Kami IBU..Aku tahu diriku penuh kelalaian
Walaupun Aku macam ini..
Kau tetap rindu aku..tetap akan ingat akan anakmu walaupun berjauhan sekalipun
Tapi Aku.....Aku..
Aku lupakanmu IBU dengan urusan dunia
Kau tetap beri aku semangat walaupun aku tidak peduli..

Kadangkala aku terkenang akan mu IBU,
Walaupun sejenak,
Aku Sedih dengan apa yang telah kulakukan padamu
Layakkah Aku digelar Anakmu?
Layakkah

Kini Aku sedar..
Dengan Apa yang IBU lakukan padaku selama ini
IBU buat semua ini untuk AKU..untuk anakmu IBU
Kerana aku....
(renung-renugkanlah)

Layakkah aku digelar anakmu
IBU sentiasa akan mengatakan KAU TETAP ANAKMU..Kau tetap ANAKMU..


So..hargailah pergorbanan seorang ibu walaupun jasanya tak terbalas untuk kita..Ada kita ingat akan pengorbanan ibu..dari lahir sehingga sekarang..dy tetap ingat kita..tak mengharapkan apa-apa pun..cuma ingin melihat kita berjaya di dunia dan akhirat...tatkala kita lupa ibulah yang banyak mendoakan kita sewaktu kita berseronok dengan dunia..Doakan lah ibu anda yang banyak membantu kita tanpa kita sedar..kalau yang berjauhan,telefonlah sekali sekala akan kita taw yang kita still sayangkan ibu..

SELAMAT HARI IBU...
IBU
UMI
MAMA
EMAK
SELAMAT HARI IBU..




(Kalau ada silap dan salah..tegurlah saya ye..saya insan yg lemah yang sering melakukan kesalahan)

Pesanan Bagi Kaum Hawa@Nisa

♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
...♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥
ƸӜƷ¸¸.•¨¯` JOM COVER AURAT ¸¸.•¨¯`• ƸӜƷ
♥✿✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿✿ ♥
♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥

•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥
Firman Allah: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka." (An-Nur:31)

''Wahai anak cucu adam! Sesungguhnya kami telah mnyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi,pakaian takwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat. (QS Al-A'raf:26)
•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥•.¸¸.•´¯`•.♥

Saturday, May 7, 2011

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,

andai diri tak sehebat Sulaiman.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof

jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim

Andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah

Kalau diri tak sesempurna Rasulullah.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu

Sebagai keunikan.

Carilah kebaikan pada dirinya

Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
  
  
Dan berdoalah diakan terus menjadi milikmu…

Dimanakah solat kita?


Dimanakah solat kita?
menulis: "Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap Kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta .a, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana.

Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Wallahualam bissawab.

Friday, May 6, 2011


Ya Allah,
Aku bersyukur pada-Mu
Bersyukur atas nikmat yang Kau berikan padaku
Kau pelihara diriku,imanku dan agamaku
Ketika diriku sedang leka dengan dosa pada-Mu
Ketika diriku leka dengan keindahan yang sementara itu
Ya Allah
Aku hanyalah hamba-Mu
Hamba yang senantiasa menzalimi diri
Hamba yang kufur pada nikmat-Mu
Hamba yang mengikut hawa nafsu
Ya Allah
Aku mohon pada-Mu
Kembalikanlah kemanisan iman dalam diriku
Kemanisan yang pernah Kau berikan padaku
Kemanisan yang telah Engkau ambil dariku
Atas kejahilanku yang berulang kali kulakukan
Ya Allah
Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang
Lindungilah aku,payungilah aku dengan sayap para malaikat-Mu
Peliharalah pandanganku Ya Allah
Peliharalah hatiku Ya Rabbi
Peliharalah diriku Ya Rahim
Ya Allah
Penuhilah hatiku dengan cinta dan rindu
Cinta dan rindu pada-Mu dan Rasul-Mu
Cinta dan rindu pada bisikan kalam-Mu
Cinta dan rindu pada kematian
Ya Allah
Andai aku ditakdirkan mati
Matikanlah aku dalam iman
Matikanlah aku dalam Islam
Matikanlah aku ketika aku bersujud pada-Mu
Dan matikanlah aku di dalam rumah-Mu
Ya Allah
Terimalah taubatku ini
Kerana aku
Aku takut dengan azab-Mu
Aku takut dengan panasnya api neraka-Mu
Mana mungkin dapat aku menahan sakitnya azab-Mu
Aku takut Ya Allah

Tuesday, May 3, 2011

Jangan Bersedih

Jangan Bersedih..Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..
Renung-renungkanlah

Apakah Erti Syukur?



Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh ALLAH Taala. Syukur juga bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa. Antara lain pengertian syukur ialah:

i)    Iaitu mengaku dan memuji ALLAH atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada ALLAH subhanahu wata’ala.

ii)    Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh ALLAH kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan ,kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan satu kewajipan kepada ALLAH.
iii)    Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah adalah orang yang tidak mengenal budi. Oleh itu,hendaklah digunakan nikmat-nikmat ALLAH itu untuk menambahkan ibadah kepada ALLAH dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.

Terdapat pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Keseluruhan nikmat yang dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan ALLAH SWT. Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan yang diperolehi oleh seorang pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang yang dipimpinnya. Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.begitulah juga bukti mensyukuri nikmat-nikmat yang lain adalah dengan menggunakannay hanya untuk beribadah kepada ALLAH.seluruh kebaikan di dunia ini merupakan ibadah kepada ALLAH. Dalam Al Quran ALLAH SWT banyak memberikan pelajaran dan pengajaran tentang orang-orang yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-nikmatNya. Di antaranya , Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. ALLAH juga menyiksa Hamman kerana kufur nikmat kecerdikan yang ALLAH berikan terhadapnya.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah dirakamkan di dalam Al Quran, ianya membuktikan bahawa nikmat ALLAH yang tidak disyukuri segalanya akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan. Punca lahirnya rasa bersyukur ialah apabila seseorang hamba itu ikhlas dalam melaksanakan pekerjaannya, bersungguh-sungguh dan menyandarkan seluruh kehidupannya serta pergantungannya hanya kepada ALLAH SWT. Merasa diri sebagai seorang hamba kepada ALLAH SWT , dan segala yang dimiliki adalah pinjaman daripadaNya. Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada, sama ada zahir mahupun batin, serta redha dengan segala ketwntuanNya. Manusia perlu bersyukur kerana ALLAH SWT telah menjadikan manusia dengan sesempurna kejadian, dan pujian yang selayaknya hanya kepada ALLAH SWT di atas kurniaanNya yang tidak terhitung. Manusia yang bersyukur adalah antara hamba yang pertama dimasukkan ke dalam syurga, ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW :
    “Orang yang pertama diseur ke Syurga pada hari kiamat ialah orang-orang yang memuji ALLAH dalam keadaan suka dan duka. “

Kesan daripada tidak bersyukur manusia akan lebih terdorong dan berani membiasakan diri dengan melakukan kejahatan, kezaliman terhadap diri sendiri dan sekelilingnya. Apabila manusia melakukan maksiat maka terputuslah dia daripada mendapat Rahmat ALLAH SWT. Adapun cara mensyukuri nikmat ALLAH SWT secara umum, ialah dengan menggunakan segala nikmat ALLAH untuk hal-hal yang diredhaiNya, yakni melakukan usaha-usaha agar memperolehi kebahagiaan hidup di dunia yang fana dan akhirat yang kekal kelak.

Jesteru,untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu meminta dan memohon kepada ALLAH SWT . ALLAH SWT mengajarkan doa tersebut di dalam Al Quran ;”Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al Ahqaf:15)

WALLAHU’ALAM.