Pages - Menu

RSS

Friday, February 25, 2011

Cinta Anak kepada Ibu

...
Alam Misykaatul Anwaari menerangkan bahawa Nabi Isa as telah berkata kepada ibunya Maryam: “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu marilah ibu bersama saya?”
Setelah Nabi Isa as berkata demikian pada ibunya maka berangkatlah Nabi Isa as bersama dengan ibunya menuju ke Gunung Lebanon, apabila sampai di gunung tersebut maka Nabi Isa as bersama ibunya berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat pada malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan meminum air hujan.
Setelah sekian lama Nabi Isa as dan ibunya Maryam tinggal di Gunung Lebanon maka suatu hari Nabi Isa as turun dari gunung untuk mencari daun kayu untuk berbuka puasa untuk mereka berdua. Setelah Nabi Isa as turun maka datanglah malaikat maut menghampiri Maryam dengan berkata: “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari.”
Sebaik sahaja Maryam melihat orang yang memberi salam itu maka berkata Maryam: “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut pula apabila mendengar suaramu!”
Kemudian Malaikat Maut berkata: “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik dia anak kecil, orang tua, atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa.”
Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Maut itu maka Maryam berkata: “Wahai malaikat maut, adakah kedatangan kamu ini untuk menziarah aku atau untuk mencabut nyawa aku?”
Lalu berkata Malaikat Maut: “Wahai Maryam, kedatangan aku adalah untuk mencabut rohmu.”
Apabila Maryam mengetahui bahawa Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawanya maka berkata Maryam: “Wahai Malaikat Maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku pulang, kerana dia yang menjadi buah indah mataku, yang menjadi anak kasih sayangku, yang menjadi buah hatiku, yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”
Malaikat Maut pun menjelaskan perintahnya dengan berkata: “Wahai Maryam, sebenarnya aku tidak diperintahkan menurut kehendak kamu, aku ini hanyalah hamba yang diperintah.
Dan demi Allah aku tidak akan mencabut nyawa walaupun seekor nyamuk kalau aku tidak diperintahkan, sesungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya aku tidak mensia-siakan walau satu saat pun untuk mencabut rohmu di tempat ini.”
Setelah Maryam mendengar penjelasan dari malaikat maut maka dengan hati yang ikhlas Maryam berkata: “Wahai
malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah SWT, oleh itu kamu laksanakanlah perintah itu dengan segera”
Malaikat Maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya, kebetulan pula di masa itu Nabi Isa as lambat pulang, beliau pulang apabila waktu Isyak yang akhir, setelah Nabi Isa as naik ke atas gunung dengan membawa bekalan untuk berbuka puasa maka beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat, Nabi Isa as menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Maka beliau pun meletakkan daun-daun yang dibawa untuk berbuka puasa dan meletakkan dekat ibunya lalu beliau berdiri mengadap kiblat.
Setelah sekian lama maka beliau pun memanggil ibunya: “Assalamualaiki ya ibu, waktu malam telah tiba dan orang yang berpuasa telah berbuka dan telah berdiri orang yang beribadah, mengapa ibu tidak beribadah kepada Tuhan yang Maha Pengasih?”
Nabi Isa as menyangka ibunya sedang tidur lalu beliau berkata; “Sesungguhnya dalam tidur itu terdapat kelazatan?” Nabi Isa memandang ke tempat ibunya dan didapatinya ibunya tidak makan apa-apapun walaupun 2/3 malam telah berlalu.
Nabi Isa as memanggil lagi ibunya: “Assalamualaiki yaa ummaahu?” Oleh kerana hari telah menjelang fajar maka ibunya tidak bangun lagi maka beliau pun menghampiri ibunya, lalu beliau meletakkan pipinya pada pipi ibunya dan meletakkan mulutnya pada pipi ibunya dengan menangis yang kuat beliau berkata: “Assalamualaiki yaa Ummaahu,” malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Tuhan yang Maha Pengasih.
Setelah Nabi Isa as berkata demikian maka menangislah para malaikat di langit dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah SWT wahyukan kepada para malaikat yang bermaksud: “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”
Maka berkata para malaikat: “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui.”
Lalu Allah SWT wahyukan lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Kasih Sayang.”
Setelah itu dengan tiba-tiba kedengaran satu suara yang berbunyi: “Wahai Isa as angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu itu telah meninggal dunia dan Allah SWT telah melipat gandakan pahalamu.”
Sebaik sahaja Nabi Isa as mendengar suara tersebut maka baginda pun mengangkat kepala sambil menangis lalu berkata: “Siapakah yang akan menjadi temanku di waktu aku sunyi dan di waktu aku menangis, dan dengan siapakah dapat aku ajak berkata-kata, dan siapa pula yang dapat membantu aku dalam ibadahku.”
Kemudian Allah SWT mewahyukan pada gunung yang bermaksud: “Wahai gunung nasihatilah Rohku (Isa as).”
Setelah gunung menerima wahyu maka berkatalah gunung: “Wahai Roh Allah (Isa as) apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”
Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata gunung maka turunlah beliau ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil, maka berkata Nabi Isa as: “Assalamualaikum yaa Bani Israil.”
Apabila kaum Bani Israil melihat ada orang memberi salam maka mereka pun berkata: “Siapakah kamu ini wahai hamba Allah? Cantik sekali wajahmu dan telah menyinari rumah-rumah kami.”
Lalu Nabi Isa as berkata: “Aku adalah Isa as, ibuku telah meninggal dunia, oleh itu tolonglah aku untuk memandi, mengafankan dan memakamkan ibuku.”
Maka berkata kaum Bani Israil: “Wahai Isa as, di atas gunung itu terlampau banyak ular yang besar-besar dan bermacam-macam ular yang belum pernah kami lihat dan tidak pernah dilalui oleh para orang tua kami dan nenek moyang kami sejak 300 tahun.”
Setelah Nabi Isa as mendapati bahawa mereka tidak mahu menolongnya maka baginda pun naik semula ke atas gunung, sebaik sahaja baginda naik maka baginda terpandang ada dua pemuda yang sangat cantik rupa parasnya, lalu Nabi Isa as memberi salam dan dibalas salam oleh kedua pemuda itu.
Kemudian Nabi Isa as berkata: “Wahai pemuda, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia oleh itu aku mohon kepada kamu berdua supaya dapat menolong aku untuk menguruskannya.”
Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu: “Aku ini sebenarnya adalah Malaikat Mikail dan sahabat saya yang satu lagi ialah Malaikat Jibril.”
Kemudian Malaikat Mikail mengeluarkan barang-barang yang dibawanya dengan berkata: “Ini adalah ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu. Dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandi dan mengafankan ibumu.”
Setelah Malaikat Mikail berkata demikian maka Malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung itu. Setelah selesai segala kerja memandikan mengafan dilakukan oleh para bidadari, dan setelah selesai disolatkan maka mereka bertiga pun mengkebumikan dalam kubur.
Setelah selesai maka Nabi Isa as pun berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang bersembunyi bagi Engkau, ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya di waktu ia wafat. Oleh itu izinkan dia berkata sesuatu kepadaku.”
Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa as yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya.”
Setelah Nabi Isa as menerima wahyu dari Allah SWT maka baginda pun pergi ke kubur ibunya lalu berkata: “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu (Tuhanku).”
Berkata ibunya: “Tempat pembaringanku adalah sebaik-baik tempat pembaringan, dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat kembali, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa dia telah menerimaku dengan rela.”
Berkata Nabi Isa as: “Wahai ibu bagaimana rasa sakitnya ketika mati?”
Berkata Ibu Nabi Isa as: “Demi Allah yang telah mengutusmu sebagai Nabi dengan sebenar- benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa Malaikat Maut belum lagi hilang dari pandangan mataku; alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat.

Monday, February 21, 2011

SEJARAH>>


SEJARAH..RENUNGKANLAH... adakah apa yg kita belajar masa tingkatan satu adalah benar atau sebaliknya..sejarah zaman logam,paleolitik..mesolitik dan lain2..harap sahabat-sahabat semua dapat memberi komen yg bagus..

Video Dari YOUTUBE..DUNIA AKHIR ZAMAN(PART 1)
 




Video Dari YOUTUBE..DUNIA AKHIR ZAMAN(PART 2)

KITA DAN HAWA NAFSU


ini adalah kita...tetap kita.....senantiasa terbendung dgn hawa nafsu....


Semua manusia dilahirkan dalam keadaan tingkatan nafsu ammarah. Nafsu ini paling biadab dan tak kenal Tuhan. Pada awal kejadiannya, nafsu telah dihumban ke dalam neraka 400 tahun setelah ditanya beberapa kali tentang "siapa Aku, siapa engkau" oleh Tuhan. Nafsu yang biada menjawab "aku aku, Engkau Engkau". Sejahat-jahat iblis, dia kenal Tuhan, nak sesatkan anak Adam, dia mintak kepada Tuhan. Tapi nafsu amarah hanya usaha dan perasan.

Nafsu ini gemar dengan maksiat. Maksiat adalah rutin hidupnya. Kekufuran adalah sahabatnya. Kerana itulah jika orang Islam bernafsu ammarah akan rasa tenang duduk dalam majlis orang kafir dan bersahabat dengan mereka. (majlis maksiat spt konsert,)

Nafsu
ini suka loyar buruk dengan Tuhan. Lepas buat ibadah nak tuntut syurga kepada Tuhan, kononnya dia telah menjalankan ibadah yang fardhu tugas dengan bersusah payah dan layak diberikan pahala yg berganda-ganda. Sedangkan ibadah yg dilakukan bercampur lalai, riyak, ujub, hairan diri, ego, perasan dll maksiat hati.

Nafsu
ini suka dengan benda yg busuk. Nafsu makan yg pelahap, cakap tak bertapis, lihat aurat orang lain, dengar nyanyian syaitan, langkah ke tempat maksiat dan melalaikan hati, syahwat yg tak terkawal seperti kucing yg menyebarkan air kencingnya ke banyak tempat.

Nafsu ini sangat gopoh ('ajalat). Bila timbul masalah, diselesaikan secara gopoh ikut andaian fikiran bukan dengan munajat kepada Tuhan. Lalu timbullah banyak krisis seperti bergaduh bertumbuk, saman menyaman, pembunuhan dan pengebom berani mati dll. Jauh sekali untuk menginsafi diri dan mengakui kesilapan diri.

Di akhirat tempat orang yang bernafsu ammarah adalah neraka yang menyala-nyala yg layak untuk mensucikan kekotoran hati dan kebiadaban nafsu.

Pengajaran: Ukurlah iman dan Islam anda dengan kayu ukur sufi, barulah layak untuk anda akui dah jadi orang Islam yg sejati dan dah beriman dgn keyakinan yg teguh. Janganlah buat andaian dan perasan dah Islam hanya dengan setitis ilmu dan sumbangan serta ibadah yg lalai dari mengingati Tuhan.

Friday, February 11, 2011

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH

Adakah anda seorang yang ada ciri2 lelaki soleh yg dimaksudkan dalam Al-quran dan Al-hadith

MULE-MULE ANTA...
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

"aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"(Imam Nawawi)


Thursday, February 10, 2011

Mengapa Valentine Disanjung tetapi bukan Keperibadian Rasulullah Dijunjung?

Adakah BOLEH dalam Islam dan Adakah SALAH dalam Islam??Mari kita renungkan bersama....


Sebut saja bila tarikh Valentine’s Day,??

Untuk apa Valentine’s Day ini disambut??

Hadiah apa untuk diberikan kepada kekasih tahun nie??

Jawapannya sememang telah ada pada setiap mereka yang begitu mementing hari keramat palsu ini.



Begitulah betapa dasyatnya penangan Valentine’s Day yang telah lama menular di kalangan masyarakat kita terutamanya mereka yang beragama Islam. Itulah tipu daya orientalis-orientalis barat agar kita sentiasa menerima tanpa berfikir di sebalik ini semua. Cukup licik sekali mainan mereka sehinggakan kita menganggap Velentine’ Day hanyalah tanda kita menghargai orang yang kita sayang dengan sekadar memberi sejambak bunga, saling betukar kad ucapan, memberi hadiah berupa coklat yang dihiasi perasaan cinta, dan lain-lain lagi.



Bagi Che Ngah, tahun 2011 ini begitu menarik sekali kerana suatu pertembungan yang tidak pernah dijangka oleh sesiapa pun. Itulah dia Valentine’s Day mengikut kiraan Masihi dan Memperingati Kelahiran Kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w mengikut kiraan Hijr. Agak menarik juga apabila media tidak dapat mempromosi Valentine’s Day secara komersial seperti tahun-tahun yang lepas dan begitu terkilan apabila usaha untuk mengajak masyarakat mencontohi keperibadian Rasulullah hanya sekadar melepas batuk di tangga atau dengan bahasa mudahnya “ala kadar saje”.



Mungkin ramai diantara kita sudah tahu sejarah di sebalik Valentine’s Day ini, di mana jatuhnya Empayar Islam di Sepanyol dan dalang disebalik peristiwa yang bersejarah ini merupakan paderi Kristian yang bernama Sains Valentine. Dan secara rasminya Valentine’s Day atau Hari Berkasih sayang disambut secara meriahnya pada 14 Februari 1492, di mana mereka seolah-olah menganggap Islam adalah agama yang zalim. Begitu teruknya anggapan mereka terhadap Islam.



Dengan kemodenan yang terus meluncur laju, sambutan Valentine’s Day terus disambut dengan pelbagai cara sehinggakan kerosakan akhlak terus berlaku tanpa rasa sedikit pun terdetik di hati perasaan bersalah. Bermula dengan berpeleseran di antara lelaki dan perempuan di taman-taman atau di jalanan sehinggalah ke kamar tidur di hotel-hotel murahan. Itukah namanya “cinta sejati”? Alangkah runtuhnya akhlak segelintir umat Islam pada hari ini.



InsyaAllah sekiranya kita di berikan kesempatan untuk hidup sehingga hujung tahun ini, dapatlah kita melihat hasilnya nanti dimana kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi yang tidak berdosa dan banyak lagi peristiwa sayu akan berlaku. Itulah hasil dari tipu daya yang selama ini dianggap biasa dan tidak dibendung dengan sebetulnya.



Kisah Valentine’s Day kita berhenti seketika…..






Bercakap soal Memperingati Kelahiran Kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w, Che Ngah tidak akan mengolah berkenaan cara sambutan sama ada hendak di buat secara berarak keliling kampung mahupun secara besar-besaran.






Che Ngah melihat Rasulullah adalah seorang yang cukup ideal dalam berkasih sayang. Lihatlah bagaimana keperibadian dan kasihnya Rasulullah membuat para sahabat menjadi gundah gulana andainya tidak bertemu walaupun sehari mahupun seketika. Seperti juga para isteri Rasulullah yang di didik dengan kasih sayang agar saling bertolak ansur dan hormat-menghormati. Begitulah indahnya berkasih di dalam Islam. Berkasih di dalam mengharapkan keredhaan Allah Taala.






Kita diberi pilihan sama ada mengikut jalan yang diredhai ataupun jalan yang dimurkai oleh Allah Taala.


Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang di antara lelaki dan perempuan tetapi mestilah mengikut jalan yang benar iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah. Lihatlah bagaimana Islam begitu menitik beratkan soal ini agar maruah Islam tidak tercemar dan keturunan kedua belah pihak pula tidak diaibkan akibat daripada perbuatan anak-anak mereka.






Kita perlu mengakui bahawa “romantiknya” berkasih lebih terasa selepas perkahwinan berbanding berkasih melalui cara yang tidak dihalalkan oleh Islam. Romantiknya Rasulullah ketika bersama isteri-isteri baginda dengan tutur katanya, senda guraunya dan keikhlasannya membuatkan kita ingin mengikut seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah.






Bagaimana Rasulullah berkasih sayang di dalam persahabatan, membuatkan para sahabat sanggup mengorbankan nyawa demi insan yang dicintai mereka. Lihatlah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan sahabat-sahabat lain sanggup di pulau, diejek dan cedera di medan perang demi Rasulullah yang mereka cintai. Begitu ikhlasnya persahabatan yang didasarkan atas keimanan dan ketaqwaan.






Tetapi mengapa masih ramai lagi yang buta mata hati, tidak mampu melihat keindahan yang ada pada Islam. Mengapa masih ramai yang takjub dengan mainan oriental-orientalis barat. Sama-sama kita muhasabah diri.

Blogger pertama ana

Assalamualaikum sahabat semua..inilah blog pertama ana yang ana buat..hope ana dapat terus membuat blog ini.Pertama sekali ana nak ucapkan jutaan terima kasih pada sahabat-sahabat ana yang sudi menolong ana sampai dapat "mengupdatekn" blog nie tiap kali ada info-info yang baik..Syukran kasir kepada sahabat ana yang berada di kolej universiti insaniah(KUIN) dan sahabat di UiTM..Jika ana ada tersilap kata atau terkasar bahasa semasa membuat blog ini ana,minta maaf banyak-banyak dari ana sendiri.Tegurlah kalau ada salah.Dengan satu teguran dapat memperbaiki diri kita kearah lebih baik.Ana insan yang lemah dan hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesalahan duniawi.DARI BLOG Sahabat Nur Imtiyaz dan sahabat Hasanal..Syukran Kasir